Monday, February 8, 2010

Pelancaran Bulan Mata Pelajaran 2010

Majlis Pembukaan Bulan-bulan Mata Pelajaran bagi Tahun 2010 telah pun diadakan pada hari Sabtu, 6hb Februari, 2010.

Majlis tersebut bermula pada jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah rendah Pengkalan batu.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah oleh Ketua Prefek Sekolah, Awg. Hafizuddin bin Danny. Acara diteruskan dengan Pembukaan Rasmi Bulan-bulan Mata Pelajaran oleh tetamu kehormat iaitu Cikgu Hj. Shukry bin Hj. Kula, Guru Besar SRPB. Seterusnya acara perarakan maskot Bulan-bulan Mata Pelajaran.

Acara pada hari tersebut diselajurkan dengan Peraduan Mari Bercerita Peringkat Pemilihan wakil SR Pengkalan Batu. Acara berakhir dengan Majils Penyampaian Hadiah kepada Tetamu Kehormat dan kepada Pemenang-pemenang Peserta Peraduan mari Bercerita serta bacaan doa selamat oleh Ustaz Hj. Saiful Bahrin bin Hj. Sani.




No comments:

Post a Comment