Tuesday, February 16, 2010

Perlawanan Netball

Perlawanan Netball peringkat saringan diadakan pada 11hb Februari, 2010 bertempat di MPH Stadium tertutup, Berakas.
Perlawanan tersebut adalah diantara Sekolah rendah Pengkalan batu, Brunei IV dan Sekolah rendah Junjongan, Brunei IV. Murid yang terlibat dalam perlawanan tersebut ialah dari murid rendah atas Tahun 5 dan 6.




Wednesday, February 10, 2010

Pelancaran Bulan Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Majlis Pembukaan bagi Bulan Mata Pelajaran Bahasa Melayu telah diadakan pada 9hb Februari 2010. Cikgu Hjh. Hajijah binti OKML Hj. Yussof telah diberi penghormatan untuk merasmikan Kalendar Aktiviti Bulan Bahasa Melayu.

Acara bagi bulan ini dimulakan dengan acara untuk guru-guru SR Pengkalan Batu, iaitu Acara Menghantar Pesanan secara berkumpulan. Pemenang Pertama bagi acara tersebut ialah Kumpulan Merah Jambu. Guru-guru Penyelaras bagi Bulan Bahasa Melayu ialah Cikgu Dk. Norhajimah, Cikgu Afifah dan Cikgu Masni.

Monday, February 8, 2010

Pelancaran Bulan Mata Pelajaran 2010

Majlis Pembukaan Bulan-bulan Mata Pelajaran bagi Tahun 2010 telah pun diadakan pada hari Sabtu, 6hb Februari, 2010.

Majlis tersebut bermula pada jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah rendah Pengkalan batu.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah oleh Ketua Prefek Sekolah, Awg. Hafizuddin bin Danny. Acara diteruskan dengan Pembukaan Rasmi Bulan-bulan Mata Pelajaran oleh tetamu kehormat iaitu Cikgu Hj. Shukry bin Hj. Kula, Guru Besar SRPB. Seterusnya acara perarakan maskot Bulan-bulan Mata Pelajaran.

Acara pada hari tersebut diselajurkan dengan Peraduan Mari Bercerita Peringkat Pemilihan wakil SR Pengkalan Batu. Acara berakhir dengan Majils Penyampaian Hadiah kepada Tetamu Kehormat dan kepada Pemenang-pemenang Peserta Peraduan mari Bercerita serta bacaan doa selamat oleh Ustaz Hj. Saiful Bahrin bin Hj. Sani.